1.1 Fasa Pencarian Tanah dusun durian

1.1 Fasa Pencarian Tanah dusun durian



Assalamualaikum w.b.t dan salam mesra.

Hari ini saya nak share serba sikit tentang 'pencarian tanah dusun'. Bukan lah semuanya saya tahu, sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.

Semoga pengalaman berharga ini dapat dimanfaatkan anda yang mengikuti artikel perkongsian pengalaman daripada saya.

Ok, mula2 kita pastikan dulu keperluan pokok durian.

1. Fasa Pencarian Tanah dusun durian
1.1 Lokasi Tanah (Hulu/Hilir dan sebab-sebabnya)

Biasa terdengar pendapat orang terdahulu yang mengatakan durian Bukit lebih sedap berbanding durian tanah pamah? Apa sebabnya?

Bukit lazimnya yang berada di kawasan Hulu sungai, manakala pamah berada di hilir sungai. Semakin hilir durian semakin tidak menjadi kerana faktor tanah dan kelembapan.

Taburan hujan kawasan hulu tinggi berbanding hilir, kerana durian pokok yang perlukan air banyak khususnya musim kemarau. Durian hilir akan mati jika kemarau panjang tanpa siraman walaupun berusia ratusan tahun.

Durian di hilir juga akan mati jika tenggelam air sewaktu banjir kerana jarang banjir didengari berlaku di kawasan hulu sungai.

Oleh yang demikian, apa yang disampaikan oleh pekebun terdahulu itu benar, durian hulu isinya kering dan tidak cepat berair.

Jadi pastikan lokasi kebun di kawasan hulu/bukit kerana faktor muka bumi ini amat sesuai untuk durian.

Durian bukit gantang - bukit atau hampir bukit.
Durian Terong - Bukit
Durian Balik pulau - Bukit
Durian Batu Kurau - Bukit
Durian Kuala Kangsar - Bukit
Durian Sungai Ruan - Bukit
Durian Ochee Bandar Baharu - Atas bukit
Durian Tangkak - Bukit
Durian Tapah - Bukit

Durian sedap2 semuanya dari atas bukit, jadi saya buat keputusan untuk cari tanah berlokasi hulu dan paling hampir dengan bukit/gunung.

https://dnims.duriotourism.com/2019/04/12-sumber-air.html
https://dnims.duriotourism.com/2019/04/13-bekalan-tenaga.html
https://dnims.duriotourism.com/2019/04/14-persekitaran.html
https://dnims.duriotourism.com/2019/04/15-akses-laluan-masuk-kebun.html
https://dnims.duriotourism.com/2019/04/16-jenis-tanah-bekas-tanaman-lain.html
https://dnims.duriotourism.com/2019/04/17-jenis-geran-pemilikan.html
https://dnims.duriotourism.com/2019/04/18-urusan-di-pejabat-tanah-dan-bayaran.html
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top