Cara selamatkan pokok durian yang terkena Kanser Akar
Sehingga hari ini ada 2 pokok durian Musang King di D'Nims yang terkena penyakit kanser akar akibat kemasaman tanah sehingga PH 4.0
Kesan dari kemasaman tanah ini menyebabkan pokok dijangkiti kanser akar ini terbantut tumbesarannya. Pucuk dan tunas baru tidak membesar malah mengering sehingga gugur.
Ini lah rupa akar yang terkena kanser, kehitaman dan jika dihidu ada bau masam.
Apa yang saya lakukan ialah seperti langkah berikut :
1. Korek pokok yang terkena serangan masuk semula ke dalam polybag.
2. Potong semua akar2 yang hitam sahaja, jangan potong semua pula!
3. Basuh/sembur dengan air sehingga hilang kekotoran atau tanah asal sebelum ini.
4. Masuk semula ke dalam polybag dengan tanah baru.
5. Letak di tempat yang redup/saya letak bawah pokok anggur tepi rumah.
Lihat hasilnya... Sepokok masih panjang umur, dan sepokok lagi terus sampai ajalnya!
Moralnya di sini, anak pokok durian terkena jangkitan kanser akar boleh dipulihkan dengan kaedah ini. Melainkan sudah tertulis hayatnya tidak panjang.
Dua pokok Musang King yang dijangkiti kanser akar, sebelah kanan kembali pulih dengan pucuk baru. Sebelah kiri tidak dapat diselamatkan.
Berikut simptom serangan kanser akar ke atas anak pokok durian. Bersama kita tempuhi pelbagai penyakit yang menyerang anak pokok durian.
Terbaru, 12/12/12 lagi 6 pokok dikeluarkan untuk rawatan :
Post a Comment