1.7 Jenis Geran Pemilikan

1.7 Jenis Geran Pemilikan



 1.7 Jenis geran (Free hold, Lease Hold, Rizab Melayu, Beli Usaha, Tanah Mohon)

Ada geran mukim, ada pajakan.. bagi saya mana-mana pun tidak mengapa kerana jika pajakan 99 tahun sekalipun selepas habis tempoh kita boleh renew. Itu yang saya faham, jadi untuk tempoh itu legasi seterusnya yang akan fikirkan apa yang perlu mereka buat. Geran Mukim pula hak milik kekal, jadi tiada tempoh ditetapkan. Bila ditanya kepada pejabat tanah, katanya hak milik sementara juga lama kelamaan akan bertukar menjadi hak milik kekal. Mungkin mengikut perancangan jabatan. Tak apa itu biarkan mereka buat kerja, kita teruskan kerja kita.

Jangan risau, rumah taman kawan saya juga ada yang berstatus Pajakan 99 tahun!

Rizab Melayu atau tidak?
Untuk kebun durian bagi saya rizab melayu pun tidak mengapa. Tambahan pula bukan berhajat untuk dijual, jika ada perancangan lain seperti membina pusat perlancongan dan ingin dijual mungkin bukan rizab melayu lebih mudah untuk dijual dan harga boleh melambung jauh lebih mahal.

Beli Usaha
Ini pembelian tanah kebun tanpa geran, tanah juga milik kerajaan negeri atau jabatan hutan namun sudah siap ditanam durian orang terdahulu! Pokok semuanya sudah berstatus balak dan sudah keluarkan hasil, kawalan perlu ketat kerana musuh berada paling hampir dan mungkin juga dindalam kebun! Risikonya mungkin kena tindakan, tanah dirampas atau disaman oleh kerajaan negeri/jabatan hutan.

Boleh dibeli untuk dibuat main, sekadar untuk menikmati rasa durian org terdahulu dan tidak berpotensi untuk dibangunkan secara komersial sebab TIADA GERAN atau masih dalam PERMOHONAN.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top