Pohon MK bersaiz APM pertama yang diserang kanker, Mulanya kelihatan hanya kecil sebesar manik tasbih, tapi bila ditekan2 dan diteliti menunjukkan lubang di bahagian dalam lebih besar.
Jika tidak dirawat mungkin akan merebak dan boleh menyebabkan pokok rosak teruk. Berikut langkah untuk merawat pohon durian yang terkena kanker :
Langkah pertama dapatkan bahan rawatan terlebih dahulu seperti Tree Dressing dan Ridomil.
Dapat diskaun RM40 sahaja.. stok jarang laku haha.
Ini dia Ridomil, harga agak keras.. botol besar susu farm fresh jer.. berharga RM123.
Setelah dapatkan dua bahan rawatan di atas bertindak segera!
1. Kikis untuk melukakan kawasan batang dan kulit pada tahap minima.
2. Cuci kotoran yang ada akibat kikisan sehingga bersih, gunakan berus cat atau berus gigi yang dah tak guna. Jangan guna kayu sugi pulak!.
3. Sembur Ridomil, bancuhan ikut label. Sembur dan biarkan kering sekejap.
4. Sapu Tree Dressing ni perlahan-lahan ibarat menyapu ubat di lawasan luka badan sendiri!.
5. Tunggu sekejap, dan pastikan tiada lelehan lebihan tree dressing untuk memudahkan kita membuat pemantauan jika ada sesuatu yang berlaku selepas ini.
Semoga tutorial ini dapat membantu pembaca memberikan rawatan terbaik kepada anak pokok durian masing-masing.
TAK TULIS NANTI LUPA
BILA TULIS HARAP BERGUNA
ILMU SIFU KITA PANJANGKAN
MOGA PAHALA BERPANJANGAN
Kredit :
Sifu Raymond Jewel
Sifu Sobryz
THANK YOU FOR THE USEFUL INFORMATION.
ReplyDelete