Durian Musang King tak laku? 5 Fakta penting yang perlu dipertimbangkan.

Durian Musang King tak laku? 5 Fakta penting yang perlu dipertimbangkan.

"Ko tanam la banyak-banyak, sekarang beribu ekar orang tanam musang king. Sikit hari lagi musang king pun harga jual longgok saja!" - Si Cemburu Buta

Image result for musang king at china


Sedap kan mulut berkata-kata, tolong share sekejap post ini kepada sesiapa yang pernah dengar ayat-ayat seperti di atas. Kita buka mindanya, supaya Si Cemburu Buta ini pun akan turut serta memajukan tanahnya yang masih semak samun tu. Sungguhpun semasa berkata-kata dia masih mempunyai fakta yang tepat. 




1. BERIBU EKAR BUKA TANAM MUSANG KING

Image result for ladang musang king
Sumber : Harian Metro

Ya! Betul.. beribu ekar tanah dibuka untuk tanam Musang King dan lain-lain varieti terkemuka. TETAPI, dalam beribu ekar tersebut, berapa pokok yang mampu hidup subur? berapa pokok yang bebas penyakit? berapa pokok yang ada masalah tanah, berapa pokok berada di kawasan yang benar-benar sesuai dengan iklim yang diperlukan oleh pokok Durian, berapa pokok yang cukup mineral di dalam tanahnya untuk jadikan durian itu benar-benar sedap!. Berapa? susah nak kira kan?. Berapa pokok pula yang ditanam tinggal dan datang kemudian tengok macam tak tanam apa-apa!. 


Fakta mudah untuk difahami, walaupun sejuta ekar ladang Musang King dibuka, tidak kesemuanya mampu keluarkan buah yang memiliki gred EXPORT. Apabila buah tidak dapat dieksport bermakna buah tersebut rezeki penduduk tempatan untuk menikmati buah durian pada kadar harga mampu milik. Sepatutnya kita bersyukur kerana mereka menanam dengan penuh daya usaha dan disebaliknya ada juga rezeki untuk kita menikmatinya. Bukan dengan mengecam tindakan mereka, mematahkan semangat mereka. Saya yakin harga takkan jatuh kerana pekebun sekarang bijak bermain dengan permintaan dan penawaran. Harga mana yang akan jatuh jika semua pekebun hanya tinggalkan buah Gred A di pokok-pokok mereka? cuba renungkan. 



2. PERMINTAAN NEGARA LUAR SANGAT TINGGI

Image result for musang king at china
Sumber  : Berita Harian

Penduduk Malaysia : 32,365,999 Orang

Penduduk China  :     1,436,737,772 Orang



Jika setiap rakyat Malaysia ada sebatang pokok durian belum tentu dapat menampung permintaan yang tinggi daripada peminat durian di China, belum lagi negara-negara lain. Kini orang Amerika pun dah tak boleh tahan dengan bau durian! Mesti nak makan!. 



TETAPI yang cemburu tak perlu risau sangat kerana tetap ada buah untuk di makan di Malaysia kerana tak semua buah dihantar ke sana. Mereka nak makan yang Gred AAA, sebab tu harga mahal. Tapi kalau buah cai pun mereka nak, agak-agak ada tak Musang King kat gerai-gerai tepi jalan tu? Macamana nak jual longgok ya!. 


3. JANGAN SAMAKAN DURIAN DENGAN SAWIT
Image result for durian vs sawit
Sumber : pekebunnews


Tak makan minyak Sawit boleh makan Minyak Soya, Minyak Jagung, Minyak Zaitun, Minyak Kelapa, Minyak Avocado dan macam-macam minyak yang diektrak daripada buah-buahan dari setiap negara. 



Istimewanya Durian, tiada buah lain boleh hasilkan Aroma dan 1001 Rasa macam Buah Durian!. Sebab itu hanya negara-negara yang sesuai ditanam Durian sahaja yang memiliki sumber kejayaan ini. 



Itu baru aspek Aroma dan Rasa, belum masuk bab menanam. Sawit boleh hidup tanpa tuan, tetapi durian akan MATI tanpa tuan. Apa yang saya maksudkan, untuk hidupkan 100 pokok sawit sangat mudah berbanding untuk hidupkan 10 pokok durian. Pokok durian memerlukan air yang sangat banyak, tetapi tidak boleh hidup di kawasan yang terlalu banyak air. Tidak seperti sawit, campak ke paya menjadi darat, campak ke bukit menjadi hutan. Betapa mudahnya sawit hidup berbanding durian. 



Jadi, bagaimana yang ingin dikatakan bahawa DURIAN KLON/KAHWIN akan jatuh harga sekiranya kesemuanya dijaga dengan penuh kos untuk menghasilkan buah berkualiti tinggi. 






4. PEMINAT KINI BIJAK BEZAKAN DURIAN KLON DAN NILAINYA

Image result for durian buruk
sumber : hafizrahim.com


Peminat durian yang bijak akan mula berkira-kira apabila ingin makan durian yang sedap. Jika di dalam poket ada bajer RM100 untuk makan durian. Di sini ada dua pilihan, pilihan pertama dapat banyak biji, tetapi bila buka nanti kita akan dapat sekali beberapa unsur surprise! seperti isi putih, mengkal, ular seekor dua, isi nipis dan sebagainya. Manakala pilihan kedua ialah dapat tak banyak biji, mungkin dalam 2 biji sahaja. Tapi bila buka isi tebal, warna memikat!, rasa sedap! nak habis 3 ulas pun puas dah.. sampai takmau makan dah!. Pilihan yang mana akan dipilih?. Ini bukan soal mampu atau tidak, ini soal bijak memilih. 



Jadi, Jika andaian durian Musang King akan jatuh harga sampai jual lungguk. Waku itu durian-durian lungguk sebelum ini agaknya pergi ke mana?. Andaian ini boleh disangkal melainkan yang tak laku itu buah yang hanya tinggal sepangsa kerana rosak, pecah, ulat dan sebagainya. Itupun jika pekebun/peniaga tak buka masuk dalam bekas. Jual secara paket. 





5. PEKEBUN HEBAT, HANYA BUAH YANG JATUH, HARGA TAK PERNAH

Image result for adlie's orchard

Melihat kepada flow buah rakan-rakan yang ada kebun durian, secara keseluruhannya buah mereka belum gugur ke tanah sudah ada nama pemiliknya dalam senarai menunggu. Sangat hebat! jika momentum ini diteruskan dengan memastikan hanya buah Gred A berada di atas pokok, bagaimana klon-klon sumber kejayaan baharu negara dapat dijual secara longgok?. Jika ada mungkin durian yang dicuri oleh penagih dadah. Selain daripada itu, harga durian berjenama tidak akan sewenang-wenangnya turun dengan begitu mudah. Siapa akan jual dengan murah diwaktu harga racun dan baja yang semakin meningkat.



Pandangan peribadi saya, tanggapan seperti ini adalah tanggapan negatif yang perlu kita jadikan 'kayu api' supaya dapat membakar semangat untuk capai apa yang kita sasarkan dengan jayanya. Sifir mudah untuk situasi begini ialah kita berusaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah s.w.t, hanya dengan kehendakNya kita akan berjaya. Jika tidak, untuk membuka kebun pun sudah macam-macam halangan jika diluar kehendakNya. Dengan IziNya, dapat buka kebun, tanam beribu pokok, selebihnya kita berserah. Mungkin habuannya tidak dapat dinikmati oleh kita, untuk masa hadapan seperti sekarang kita dapat lihat berapa ramai waris-waris kebun durian yang menikmati puluhan ribu ringgit hasil jualan dari pokok durian yang ditanam oleh Tok Nenek Moyang mereka. Apa salahnya kita jadi sebahagian daripada mereka, usahakan sepertimana yang telah mereka usahakan pada satu ketika dulu. Sesungguhnya mereka lebih berpanjangan jauh daripada kita sekarang yang hanya suka memandang negatif atas sesuatu kebaikkan yang dilakukan oleh orang lain. Untung-untung, anak cucu kita juga dapat menumpang makan satu hari nanti buah hasil usaha rakan-rakan yang bersama-sama kita sekarang.



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top