Solved : Daun pokok durian anda kekuningan?

Solved : Daun pokok durian anda kekuningan?

Assalammualaikum w.b.t & salam mesra!

Alhamdulillah hari ini ada masa sedikit untuk saya berkongsi kejayaan memulihkan pohon durian bersaiz APM yang dipindah ke tanah.

Pertama sekali kita kena maklum 'rekod semasa' semasa pokok durian kita, contohnya kekerapan siraman dan pembajaan.

Baja - minima
Air - Mungkin lebih...

Bagi kes kali ini pohon APM ini disyaki 'terlebih air' , walaupun dari klon yang sama daya ketahanan pokok mungkin berbeza, oleh yang demikian kita akan rawat  pokok mengikut keperluannya.

Berdasarkan pengamatan saya, pokok durian ini terlebih air dan kekurangan air juga akan memberi tanda pada daun yang kekuningan. Masih di tahap tidak sirius, jika penyakit lain kuningnya terus membawa kepada kematian.





Setelah mengenal pasti puncanya apa yang saya buat?

Selepas mengenalpasti puncanya, ayuh kita rawat mengikut keperluannya. Asas kepada baja iaitu NPK perlu diambil kira. Kita nak rawat daun, daun yang rosak tak sihat seterusnya akan merenanakan kerosakkan untuk bahagian yang lain. Sifir mudah untuk kita faham ialah :

N - Untuk daun (Nitrogen)
P -  Untuk Akar  (Phosphorus)
K - Untuk Pokok / Buah (Kalium)




Jadi, untuk masalah kali ini saya pilih untuk memberikan Baja dari unsur Nitrogen. Memandangkan pokok telah menunjukkan tanda kekurangan nitrogen akibat daripada lebih air siraman maka saya memilih untuk menambur baja urea. 

Kepada yang masih belum biasa melihat baja ini 


Sumber : khaikerr

Saya memilih untuk merawat menggunakan baja Urea ini kerana :

1. Baja urea adalah baja yang cepat larut ke dalam tanah selain membekalkan sehingga 46% N.
2. Berdasarkan pengalaman, telah banyak pokok yang saya tanam memberi signal kekuningan dapat dipulihkan dengan menabur baja ini.
3. Baja Urea mudah diperolehi dan Murah di pasaran, hanya dengan RM2 kita sudah boleh merawat pokok yang memberi signal kekuarangan yang dialaminya. 





Gambar di atas adalah perjalanan 47 hari pohon durian dari varieti IOI yang ditabur baja urea sebanyak dua kali dengan jumlah yang sama selang seminggu.

 Alhamdulillah nampaknya apa yang 'deria rasa' kita merasai kebarangkalian itu adalah benar - lebih air!.

Walau bagaimana pun, tidak semua kekuningan daun pokok itu disebabkan kekurangan N, ada juga faktor-faktor lain seperti ulat pengorek batang, akar putih yang mana kesannya amat sirius dan jika terlambat boleh menyebabkan pokok mati.

Ingat! setiap pokok kita mempunyai rekod penyiraman, pembahaan, bahan racun yang digunakan dan kesemuanya akan disemak balik jika berhadapan dengan masalah untuk mengenalpasti punca yang dihadapi oleh pokok tersebut.

Pokok yang mengalami masalah yang sama dan dirawat dengan cara yang sama. Cuma gambar semasa kuning teruk tidak dirakam.  


Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda semua.

Terima Kasih.




Updated :  12/12/19








Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

6 Comments

  1. cakkkk.. !! haha..
    good job abam !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Mencari2 solusi kenapa pokok ku warna kuning

    ReplyDelete
  3. Racun rumput jenis apa yg paling selamat utk pokok durian?

    ReplyDelete
  4. Anak pokok APM memang dah kuat pokok tu...pokok dah besar...cobe tanam anak pokok yg harga rm 25 ke bawah..menangis nak bersulam2 ganti..Salam..kebun duren saya selalu jumpa masalah ini...skrip ceritanya sama...tanam..3 bulan pertama anak duren tumbuh cantik subur...pada bulan ke empat dan seterusnya pucuk mula tunduk kebawah..pertumbuhan bantut..ulang2 kali jadi macam ni..fikir punya fikir..punya fikir...kesimpulannya : bila kita mula tanam anak pokok duren pastinya kita menggembur tapak tanaman lebih kurang 18 inci x 18 inci..betul?..kemudian kita tambah pupuk kandang...yaa..tanah begitu subur dan gembur..lantas bila kita tanam anak duren akarnya bertumbuh hebat duan pucuk juga lebat hijau...bila masa berlalu..ulang ulang kita siram air dan juga dari air hujan..tanah yang awalnya gembur mula perlahan lahan bergabung butir butir tanahnya..lama lama mula memadat...bila mula memadat aliran air tak dapat serap dengan lancar kedalam tanah...air mula menakung pada zon antara tanah asal dan tanah yang digembur awal2 mula menanam dulu..dalam tiga bulan..akar pokok yang subur tadi sudah pun capai di zon ni..akar tunjang mula terendam air lalu mati..lebih teruk lagi bila musim hujan lebat berterusan..akibatnya akar rerambut halus mula mati..yang tinggal hanya akar akar utama..akar utama tak mampu serap nutrisi dengan baik..pada tahap ini kita mula nampak pucuk utama bantut dan tunduk...pokok mampu bertahan dan berubah..pokok akan mula ikhtiar untuk dapatkan nutrisi malalui saki baki akar sisi yang masih tinggal yang tidak terendam air...pada tahap ni kita akan mula nampak pucuk pucuk sekunder tumbuh dari pangkal dan cabang cabang tepi...jika pokok cukup kuat dan akar akar rerambut sisi ni berjaya bertumbuh dengan baik dan menggantikan fungsi akar tunjang yang mati,maka insyaAllah pucuk pucuk sekunder ini membesar dengan baik dan berubah menjadi pucuk utama..dan akhirnya pokok berjaya hidup..biasanya menjelang satu tahun, tanah yang digembur tadi telah lengkap perubahan sifatnya dan ia hampir sama dengan tanah asal dari segi sistem aliran air tanahnya...tanah sudah stabil keseluruhannya...jika pokok berjaya melepasi fasa perubahan tanah ini..maka 90% pokok akan hidup..tinggal lagi samada tanah asal sekeliling itu kategori gred apa?...jika gred A atau B..pertumbuhan seterusnya lebih mudah dan cepat,pokok hidup subur..jika tanah gred C dan D..pokok tak subur..pertumbuhan perlahan...

    Tanah gred A: tanah kuning berpasir di bukit landai

    Tanah gred B: tanah kuning, kurang berpasir di tanah rata

    Tanah gred C: tanah kampung dan rata

    Tanah gred D: tanah liat atau tebus guna bekas sawah...

    Sekian...

    ReplyDelete
  5. nak tanya? adakah terlebih baja 15.15.15 menyebabkan daun anak pokok durian kuning & gugur?

    ReplyDelete
To Top