Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa info penting 'A to Z' dalam usaha membuka dusun durian bermula dari pencarian tanah sehingga penuaian hasil. Perjalanan post setiap satu topik mungkin memakan masa sehingga 5 tahun dari sekarang, tapi insyaAllah akan terus bermanfaat kepada pembaca pada masa hadapan.
Saya akan kongsikan perjalanan dari semasa ke semasa melalui topik-topik seperti berikut :
1. Fasa Pencarian Tanah dusun durian
2. Fasa pemilihan teknik tanaman durian
3. Fasa Pengasuhan
4. Fasa penyediaan tapak dusun durian
5 Fasa Pengairan dusun durian
6. Fasa Penanaman
7. Fasa Kawalan & Pertumbuhan
8. Fasa Pembuahan
9. Fasa Penjualan
10. Fasa Pasca Pembuahan
Kesemua 10 Fasa ini masih ada yang belum saya tempuhi, namun dalam perjalanan ini semoga akan sampai juga ke fasa terakhir. Semoga artikel yang saya jangkakan akan siap dalam tempoh 5 tahun ini dapat dibukukan dan disebarkan manfaatnya kepada semua peminat-peminat durian di luar sana. Penulisan berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam usaha mewujudkan sebuah Duriotourism. Semoga memberikan manfaat.
Jika anda memiliki masa terluang, sedekahkan Al-Fatihah kepada insan penting dalam hidup saya yang juga orang hebat dalam dunia pertanian :
Wan Awang (Datuk, Pekebun)
Yusof Shaari (Guru, Pekebun)
Siti Aisyah Ramli (Pekebun)
Abdullah Mat (Peniaga)
Kerana kesungguhan mereka, lahirnya keturunan yang minat dalam bidang pertanian. Di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Ini yang dinamakan KETURUNAN.
We have seen many truck camper manufacturers fall into this lure. socket organizers Since coming underneath new possession in 2015, Capri Campers has established themselves as high-value and low-weight champions. In that very same time period, the market has turn into more and more stuffed with campers bursting on the seams with ballooning features, choices, weight and cost.
ReplyDelete