Anak pokok durian diserang Kanser Akar

Anak pokok durian diserang Kanser Akar


Kanser Akar antara penyakit yang tidak asing lagi bagi durian. Ini adalah kes kedua selepas kes pertama yang terkena dari dalam polibag.

Kali ini terkena selepas sudah dipindahkan ke ladang, 1 daripada 14 pokok yang telah ditanam menunjukkan tanda-tanda seperti tiada pertumbuhan di bahagian pucuk setiap bulan dan pucuk makin kering dan kering.



Simptom :
1. Tumbesaran pucuk terhenti
2. Mata tunas mengering dan luruh.

Punca Kanser Akar :
1. Anak penanti lemah
2. Kelembapan tanah terlalu tinggi/siraman terlalu banyak air.
3. Air bertakung/lemas
4. Tiada kawalan pencegahan.



5. Tanah berasid ph bersamaan 4.0 ke bawah .

Langkah Pencegahan :
1. Cakna dengan kelembapan tanah dan sistem pengairan, pastikan tiada air bertakung.
2. Semburan pencegahan Ridomil/Aliette selangmasa 6 bulan sekali.
3. Sentiasa check PH Tanah 5.0 - 7.0 skala ideal utk durian.



Langkah rawatan :
1. Segera perbaiki kuantiti air yang diberi dan perbaiki saliran air supaya tidak bertakung.
2. Siram Ridomil/Aliette mengikut sukatan yang disyorkan pada label.
3. Pemantauan khusus untuk perkembangan semasa ATAU cabut dan gantikan dengan benih baru! Jimatkan masa jika langkah pengubatan mengambil masa terlalu lama dan pokok mungkin terbantut.

NANTI DULU!
Tergerak di dalam hati, jika ianya pokok dari benih rare yang susah ditemui dan itulah satu-satunya yang ada bagaimana??

Jika ianya pokok klon rare, mungkin kita boleh gunakan teknik 'kaki ganda' untuk memberi akar sokongan kepada penanti utama da akhirnya akan memberi kekuatan kepada akar sedi ada untuk melawan kanser akar tersebut. Jika klon biasa-biasa dan banyak di pasaran, cabut dan buang sahaja.

Jadi, untuk kanser akar kali ini saya mengambil pilihan untuk 'CABUT & GANTI' demi untuk menjimatkan masa.

Kredit :
Sifu Raymond Jewel
Sifu Sobryz
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top