1.3 Bekalan Tenaga

1.3 Bekalan Tenaga

Kredit : TNB

1.3 Kemampuan tenaga elektrik sampai

Dari kecil hanya sekejap merasa zaman pelita minyak tanah, selepas itu setiap hari ada elektrik. Jadi menjadi keperluan memiliki tenaga elektrik di dalam kebun, kebun yang saya buka perlukan 28 tiang elektrik untuk sampai ke rumah, dan juga perlukan satu compact sub baru bernilai lebih RM40k.

Jika lokasi anda boleh masuk elektrik, satu bonus! Kerana itu keperluan kita. TAPI jangan berdukacita kerana peredaran teknologi solar kini kian maju. Jika tidak tiada lah ladang solar dibuka pada masa kini. Berguru dengan Tn. Hj. Khuzaifah Azlan pemilik Teratak Chu Tiah, Changlun yang membuka chalet di dalam dusun. Chalet beliau menggunakan tenaga solar 100% yang boleh menjalankan pam, lampu, kipas untuk kesemua chalet beliau. Jadi di sini saya dibantu oleh pakar solar sifu Raymond Jewel, dan Alhamdulillah saya juga dapat TENAGA PERCUMA setiap hari.

Pada mulanya agak kecewa dengan perkhabaran dari TNB, akhirnya terubat duka di hati dengan adanya alternatif yang lebih jimat dan PERCUMA!

AIR PERCUMA
ELEKTRIK PERCUMA

Apa lagi yang nak difikirkan jika semuanya Allah berikan secara PERCUMA! syukur Alhamdulillah.



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top