1.4 Persekitaran

1.4 Persekitaran



1.4 Persekitaran (tanaman majoriti/pekebun aktif/kejiranan/masalah sosial)

Hal ini juga saya titik beratkan kerana mahu ke kita duduk dalam hutan yang orang tak masuk langsung? Atau tiada komuniti penduduk yamg mengusahakan tanaman. Jadi pemerhatian perlu dibuat,

Di sini setiap hari ada orang masuk khususnya pekebun, ada yang menoreh, ada yang panjat petai, ada yang kait sawit, ada yang juga usahakan tanaman durian jadi aktiviti pertanian itu hidup, jumlahnya meningkat pada musim buah. Tidak kurang juga yang ke hulu ke hilir dengan senapang bagi menghapuskan makhluk perosak siang dan malam. Ini semua persekitaran baik yang boleh membantu kejayaan usaha kebun kita.

Masalah di Malaysia di mana saja ada penagih dadah, jadi golongan ini yang akan melakukan kecurian. Jadi ini isu yang sukar untuk ditangani tetapi kita boleh kawal dengan menjalinkan hubungan baik dengan ketua kampung, penduduk kampung dan individu paling sinior dalam sesbuah kampung.



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top