3.1 Buat sendiri benih pokok durian saiz APM
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,
Perkongsian seterusnya bagaimana kita boleh meminimakan kos penyediaan anak pokok durian bersaiz APM dengan beberapa teknik seperti berikut.
Video Sifu Besar Teknik Cantuman Selit Cikgu Ramli
Kaedah 1 :
Membeli beberapa pokok induk bersaiz APM untuk dijadikan induk pembekal Scion dan dipelihara sehingga anak pokok keluar banyak mata tunas dan ambil scion tersebut untuk buat cantuman mata tunas, sisip, selit, baji dan lain-lain teknik yang boleh didapati dari group facebook Pendidikan Asas Cantuman Malaysia (PACM) di dalam group ini ramai sifu-sifu yang mencurahkan ilmu cantuman yang mereka miliki.
Kaedah 2 :
Menggunakan teknik percambahan kuantiti pokok 1:3 menggunakan teknik cantuman 'sanding'. Dengan menggunakan teknik ini, sepokok induk yang dipelihara dalam tempoh 6 bulan boleh disandingkan yang hasilnya menjadikan jumlahnya berkembang menjadi 3 pokok hanya dalam tempoh kurang daripada 2 bulan. Boleh lihat imej cantuman sanding yang saya buat sendiri di sini. Alhamdulillah teknik ini yang diajar oleh Tn. Hj. Khuzaifah Azlan pemilik Teratak Chu Tiah, Changlun. Setakat hari ini, 100% cantuman yang saya lakukan dengan kaedah ini berhasil dan paling mudah bagi saya.
Kaedah 3 :
Membeli anak pokok bersaiz 1 kaki tinggi, bawa balik ke rumah (bukan kebun sebab perlukan penjagaan rapi dengan penuh kasih dan sayang). Berdasarkan rekod tertinggi, dalam tempoh 12 bulan tempoh asuhan dirumah pokok boleh mencapai ketinggian sehingga 4-5 Kaki. Dengan menggunakan sistem irrigasi automatik, pengairan yang cukup menjadikan pokok sentiada dipenuhi keperluan hariannya. Sebagai langkah persediaan, sama ada secara serentak ataupun berkala secara mingguan. Boleh terus salin polibag besar untuk memberikan persediaan awal untuk akar meneroka ke dalam polibag besar dan mempercepatkan pertumbuhan. Nisbah tanah dalam polibag yang biasa saya lakukan ialah menggunakan nisbah 2 (top soil) : 1(tanah kompos hitam 9 in 1) : 1 Cocopeat + cocopeat layer paling atas. Kepadatan tanah di dalam polibag memang longgar dan akar durian sangat mudah berkembang.
Untuk varieti yang 'rare' saya menggunakan kaedah 2 kerana stok pokok yang terhad dan sukar diperolehi tidak membolehkan kita melaksanakan kaedah 3. Manakala pokok yang banyak di pasaran, dan harganya pun jauh lebih murah untuk pokok bersaiz tinggi 1 kaki boleh menggunakan kaedah 3.
Peringkat tumbesaran seperti ini boleh menggunakan baja organik dalam kuantiti yang minima dan sedikit baja urea 'satu sudu kentang kfc' seminggu sekali. Taburannya pula ialah rapat ke dinding polibag. Menggunakan sistem pengairan automatik melalui paip 16mm dan tiub kapilari bersaiz 1mm dan menggunakan dripper lurus.
Tempoh masa siraman boleh dilakukan dengan selang masa 2 jam bermula pada jam 7.30 pagi, 9.30 pagi, 11.30 pagi dengan tempoh siraman selama 15 minit untuk satu sesi. Ini yang saya praktikkan dan Alhamdulillah pokok 100% hidup dan tiada yang mati. Saya kongsikan supaya dapat dimanfaatkan oleh ramai pekebun dan mengurangkan kematian pokok kerana nilainya sangat berharga.
Checklist untuk buat sendiri benih APM
1. Sudah tentukan kaedah untuk membuat stok anak pokok?
2. Sudah sediakan terus dalam polibag besar ? (saiz 8 / 10 sudah memadai)
3. Sudah setup 'automatic irrigation system'?
4. Sudah bersedia untuk baja mingguan?
4. Sudah bersedia untuk baja mingguan?
5. Sudah bersedia untuk kawalan serangga & kulat?
Jika kesemua di atas sudah bersedia.. layan saja sehingga umurnya 12 bulan, jika tumbesaran semakin laju dari biasa, tidak sampai 12 bulan sudah boleh dibawa masuk ke kebun.
Semoga bermanfaat.
Mohon patuh arahan kawalan pergerakan cegah penularan #covid19
Sementara nyawa dikandung badan, jom sebarkan ilmu sebanyak yang mungkin,
kerana ilmu bermanfaat yang disebarkan sebahagian daripada amalan yang tidak terputus pahalanya walaupun kita telah meninggal dunia.
Post a Comment