Pokok Durian Duri Hitam / Ochee berbuah seawal 5 tahun 6 bulan selepas ditanam.

Pokok Durian Duri Hitam / Ochee berbuah seawal 5 tahun 6 bulan selepas ditanam.

 



Alhamdulillah dah dapat LESEN (D) DURIAN ( Tanam dari kecil sampai berbuah ) dibantu erat sifu2 terhebat,  5 Tahun 6 bulan baru dapat lesen. 
Sempena dapat lesen ni saya rasa teruja nak kongsi tentang kebaikkan SEMUT HITAM dari pokok rambutan sebagai tentera yang mengawal buah daripada rosak. 
TANPA RACUN SERANGGA, 100% selamat daripada ditebuk ulat pengorek buah. 
Buah kali ini lekat banyak saya buang tinggal 11 biji sahaja atas nasihat sifu2, tujuannya takut pokok mati pula kalau biarkan semua membesar. 
Semasa bunga kembang sampai buah gugur saya TAK PERNAH SEMBUR RACUN SERANGGA sebabnya nak tengok secara semulajadi KALAU TAK SEMBUR JADI APA? 
EPISOD SEDIH BERMULA... 
Daripada 11 biji yang ditinggalkan, 7 daripadanya ada tompok2 tahi ulat di luarnya... habislah harapan kali ni. 
Minggu berikutnya saya mendapati setiap tompok2 hitam tahi ulat itu dikerumun oleh sekumpulan semut hitam (semut rambutan). Mungkin bekerjasama dengan ulat sebab makan tahi ulat, rupanya tidak. 
SEMUT HITAM MENYERANG ULAT 
Tak sampai suku inci ulat menebuk didapati lubang2 tersebut semuanya gagal, ini bermakna semut hitam tersebut menyerang dan memakan ulat tersebut sebelum sempat dia buat terowong masuk ke dalam. Semut ini setia bermula daripada bunga kembang sudah ke hulu ke hilir ke setiap bunga. 
Hasilnya, 100% lubang yang cuba ditebuk gagal melebihi suku inci daripada permukaan duri. GAGAL SEPENUHNYA. 
DARIPADA MANA SEMUT INI DATANG
Saya ada tanam pokok rambutan sebelah pokok durian, jadi memang ada dahan yang bertemu menyebabkan semut2 ini boleh melintas antara pokok... 
"Setiap CiptaanNya ada manfaat untuk semua". 
Pernah diceritakan oleh seorang pekebun area sini tentang kewujudan semut hitam ini membuatkan tupai pun rimas dibuatnya. Cuma waktu itu kita pokok masih kecil, dengar saja lah... bila ada pengalaman sendiri, saya kongsikan bersama anda semua. 
JANGAN TANYA SAYA APA NAMA SEMUT TU... haha yg saya tahu... 
SEMUT RAMBUTAN KAWALAN BIOLOGI MENANGKIS SERANGAN ULAT PENGOREK BUAH.. 
Semoga bermanfaat. 
Musim Durian 2023 @
D'Nims Duriotourism Malaysia
#UnboxingDurian
#Duriotourism






Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top