2.5 Penentuan Jenis Cantuman

2.5 Penentuan Jenis Cantuman



2.5 Penentuan jenis cantuman anak pokok

MATA TUNAS
Kebanyakkan Nurseri di Malaysia membekalkan anak pokok durian pelbagai varieti dari jenis cantuman mata tunas.

Cantuman dari jenis mata tunas dapat menjimatkan penggunaan Scion terutamanya bagi varieti yang terhad atau 'Rare'.

BAJI
Cantuman jenis Baji lazimnya dilakukan secara meluas oleh negara jiran kita Thailand. Kebanyakkan anak pokok mereka menggunakan cantuman jenis baji tinggi.

Saya juga dimaklumkan oleh Pembekal anak pokok klon ada mengatakan bahawa cantuman baji mampu mendapatkan hasil yang lebih mirip dengan induknya berdasarkan jumlah scion yang lebih panjang.

SANDING
Cantuman yang bagi saya paling 'best' kerana status kemenjadiannya berada pada paras 100% hidup walaupun buat kali pertama.

Saya diperkenalkan teknik ini oleh Pengusaha Duriotourism Teratak Chu Tiah iaitu Tn. Hj. Khuzaifah Azlan. Selepas membuat lawatan ke Ladangnya, saya kembali dan dan terus mencuba sehingga kita 100% menjadi!.

Diantara kelebihannya, cantuman berlaku dengan cepat, dan kita dapat pokok yang sudah besar selepas sandingan dipisahkan daripada induknya.

Sesuai untuk pembiakkan klon rare pada skala kecil san tidak sesuai untuk pengeluaran pada skala besar.

CANTUM DEWASA
Bagi saya, cantuman Dewasa memerlukan kepakaran yang sangat tinggi. Sama seperti Cantuman Mata tunas dan Baji kerana kita berurusan dengan pokok yang masih hidup dan scion yang 50-50 status hidupnya.

Kelebihannya ialah setelah cantuman menjadi, kita terus dapat pokok yang sudah besardan tempoh untuk berbuah menjadi lebih cepat.

Selain daripada itu, kita juga dapat melakukan transformasi dari sebuah kebun durian kampung kepada durian bernilai komersil hanya dengan melalui kaedah cantuman ini.

Terbaru, ada juga cantuman dengan Teknik Selit, Baji Gantung, cangkok susu, dan lain-lain berdasarkan kreativiti penggiat pertanian di setiap negara.


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top