7.3 Kawalan Haiwan Perosak - Kera / Beruk / Lutong

7.3 Kawalan Haiwan Perosak - Kera / Beruk / Lutong

Setelah melalui fasa-fasa pembesaran, anak pokok durian yang ditanam dalam usia setahun setengah hingga 3 tahun didapati memiliki daya tarikannya tersendiri yang membuatkan haiwan perosak seperti kera, beruk dan lutong menghampiri untuk bermain dengan dahan-dahan anak durian yang baru ingin membesar. 

sifu dah lama pesan jangan simpan cabang Y, bukan sahaja boleh sekah bila dah besar.. masa anak pun boleh sekah! 

Tengok ni, bila dipanjat haiwan perosak terus 'total lost'. Cuba juga cantum semula namun tetap GAGAL, cuba lagi untuk mempertahankan kem daripada dicerobo. 


Langkah drastik yang boleh diambil ialah dengan mengikat dahan-dahan yang berpotensi patah apabila musuh datang bergayut dengan batang utama. Saya menggunakan tali nylon pagar elektrik yang tahan agak lama. 

Kedua boleh masuk hutan cari pelepah pokok salak hutan, salak madu jiran pun boleh tapi minta lah dulu! hehe.. durinya yang tajam memberi ancaman kepada musuh yang ingin cuba bergayut. Caranya hanya dengan lekatkan pada batang utama dan ikat dengan kuat menggunakan dawai. InsyaAllah jika waktu nak memanjat, duri-duri ini akan menusuk dada musuh tanaman terlebih dahulu!


Jia kesemua langkah penyelesaian di atas tidak temui jalan keluar... ANJING! ini adalah benteng pertahanan yang paling ampuh! Nanti saya ceritakan bagaimana dalam post seterusnya bagaimana untuk memelihara anjing di kebun. 



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top