GAGALKAN KEMPEN BOIKOT DURIAN TIMBANG

GAGALKAN KEMPEN BOIKOT DURIAN TIMBANG



!! GAGALKAN KEMPEN BOIKOT DURIAN TIMBANG !!

SIGNAL PENTING UNTUK PEKEBUN DURIAN KAMPUNG

Kenapa pembeli mulakan boikot durian timbang?

1. Isi tak penuhi citarasa
2. Terlalu banyak elemen surprise!  dalam buah.. (mengkal, ulat, tawar, masam)
3. Isi tidak mencapai 60% daripada keseluruhan buah, nipis, buka nampak biji!
4. Harga terlalu tinggi sebab tidak mampu memberi kepuasan kepada mereka.
5. Buah cepat merkah/pecah pangsa.
6. Walaupun makan seguni, belum tentu dapat rasa yang cukup memuaskan hati masing-masing.

SINGNAL PENTING! TOLONG AMBIL PERHATIAN!

1. Semakin ramai orang marah bermakna semakin ramai pekebun dapat tahu yang ramai penggemar durian di luar sana menantikan buah kita yang elok-elok. Ini satu signal yang mempunyai masa hadapan kepada pekebun.
2. Pekebun sudah mula boleh 'Pangkah' pokok yang isi tak layak masuk pasaran dan buat cantuman dewasa dengan segera sebelum sampai satu tahap buah anda memang tak akan layak masuk pasaran langsung selepas penolakkan dari peraih atau pembeli.
3. Rata-rata komen netizen tidak menyentuh langsung durian klon/kahwin kerana mereka mungkin sudah mengetahui keenakkan setiap varieti tersebut dan harganya setimpal.
4. Harga durian tidak akan jatuh sekiranya setiap pekebun bersepakat untuk hanya menghasilkan buah Gred AAA kerana sudah pasti durian masih di atas pokok sudah ada pembelinya yang menunggu di bawah (order).

Keseluruhannya, BOIKOT DURIAN TIMBANG sebenarnya tidak ditujukan kepada DURIAN KAHWIN/KLON TERBAIK seperti Musang King, Duri Hitam, IOI, D24, dan lain-lain. Pemilik DURIAN KAMPUNG boleh bertindak segera dan bersama menikmati sumber kekayaan baharu negara kita ini.

KEMASKINI ILMU SEMASA TENTANG DURIAN  :
1. Durian boleh simpan dan tahan setahun, jadi tiada lambakkan untuk buah gred eksport.
2. Durian mula  dieksport dalam bentuk sebiji ke luar negara.
3. Kebun Durian boleh diuruskan guna sistem solar untuk kawasan yang tiada elektrik.
4. Durian kahwin lebih sensitif daripada durian kampung.
5. Tinggalkan budaya baja/racun bila ada masa sahaja, perlu ikut jadual dan disiplin tinggi.

SEGERA!
1. Kenalpasti pokok dan kualiti buah.
2. Cantum dewasa & penjenamaan semula.
3. Masuk pasaran semula.

Pekebun terdahulu telah sediakan akar yang baik yang hidup hingga kini, pekebun kini hanya perlu upgrade pokok kepada varieti yang memenuhi kehendak peminat durian. Benda boleh ubah kenapa nak tengok saja?.

Cadangan ini dibebelkan khas oleh Suffi Yusof daripada D'Nims Duriotourism.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top