2.3 Pemilihan teknik berdasarkan kemampuan

2.3 Pemilihan teknik berdasarkan kemampuan


Kredit : Tn. Hj. Khuzaifah Azlan


2.3 Pemilihan dibuat berdasarkan kemampuan

Ya! Pemilihan teknik tanaman cara Thai atau Malaysia bergantung kepada kemampuan beberapa aspek penting seperti Modal, Masa dan tenaga.


MODAL
Jika menggunakan teknik thai sudah pasti modal untuk penyediaan tapak dan membeli anak pokok menjadi lebih tinggi berbanding teknik Malaysia.

Jika satu ekar teknik Malaysia dengan jarak 40 kaki boleh muat 40 pokok manakala teknik Thai boleh menjadi satu kali ganda lebih kerana jaraknya yang lebih dekat.

MASA
Teknik Thai lebih perlukan masa yang banyak kerana setiap pokok dipantau dari pelbagai sudut dan setiap tumbesaran pokok tidak bebas mengikut rentak semulajadi.

Tunas air, training dahan perlu dibuat untuk memastikan jarak yang dekat bukan penghalang untuk pokok berbuah lebat. Jadi masa untuk aktiviti ini amat penting. Saya akan kongsikan gambar berkaitannya selepas membuat sendiri di lapangan. Ikuti post terkini di D'Nims Duriotourism.

TENAGA
Pemilihan teknik juga memberi implikasi kepada tenaga kerja untuk aktiviti tambahan, jika teknik tempatan masih boleh menggunakan cara tanam fan melawat secara bulanan, maka teknik Thai tempoh kekerapan yang paling ideal dalam tempoh 3 hari sekali. Kelebihan kepada pekebun yang memiliki pekerja khas.

Tenaga kerja bertambah untuk aktiviti training, prunning, foliar, meracun, membaja, menganalisis PH tanah, Pollination, penjarangan dan lain-lain . Untuk kebun kecil boleh sekadar main-main, tapi jika melibatkan ribuan pokok sudah pasti memerlukan pekerja yang ramai.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top