Patutlah 'orang kaya' buka kebun durian tanam pokok saiz APM

Patutlah 'orang kaya' buka kebun durian tanam pokok saiz APM

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera!
Salam durian sumber kekayaan baharu negara.. (panjang pula salamnya) haha..

Ok, sebelum pergi jauh kita faham dulu apa maksud APM. Advance Planting Material maksudnya pokok yang sudah besar.. dengan ketinggian sehingga 6 kaki tinggi tapi masih dalam polybag!

Jika ada yang mengikuti post saya berkaitan ibarat menghantar tentera ke medan perang, saiz APM ni kita boleh kira sebagai skuad elit komando atau paskal yang susah kecundang di perbatasan. Level dia dah tinggi, keupayaan menghadapi serangan musuh tu sudah penuh di dada..

Berdasarkan pemerhatian, musuh seperti belalang dah tak minat sebab daun bawah semua dah tua2, keras.. yang muda pula sudah tinggi melayut nak terbang tak sampai. Jimat racun serangga.

Yang kedua, tak perlu netting! Komando duduk tengah panas apa ada hal. Saya tak pernah pasang netting pada pokok saiz APM.

Yang ketiga, hanya dua bulan dia rileks, apa pucuk tak keluar.. lepas pada tu dia punya merecik! Hati berbunga2..



Yang keempat, daya tahan antibody tinggi, disaat jirannya yang baru setinggi 2 kaki kena kanser akar sebab silap bahan mulching sehingga ph turun kepada 4.0 manakala brader APM ni yak terkesan langsung.. hebat kan?

Yang kelima, saya rasa menyesal pula tak buat uji kaji ni lebih banyak sikit. Sangat2 berbaloi tanam terus saiz APM di kebun/ladang.

Alkisahnya bermula di sini... Setelah terlintasnya di hati nak buka kebun, saya terus pi expo pertanian dan sambar beberapa klon menarik seperti Duri Hitam, MK, IOI, dan Kim Hong.

Ini saiz asalnya pokok duri hitam saya :



Asuh di tepi rumah, hari2 tengok dengan penuh kasih sayang. Beli pun murah saja seingat saya RM35 sepokok. Masa ni kebun belum ada, sedang mencari.. medan perang belum ada, tentera udah masuk kem kome! Tapi sayang.. rekrut tak ramai, sepatutnya masuk terus 100pokok training kaw2.. (kepada yg baru nak plan tu elok bertindak, jangan rekrut sikit sangat ya) 


10 bulan kemudian, tengok mencanak dia naik! Besar mcm ni memang dah sesuai sangat di hantar ke kebun. Cepat tak tumbesarannya? Abih dah hari2 tengok mau tak besar.. penuh kasih sayang. 



Saat dinantikan telah tiba.. anak pokok durian bersaiz APM dipindahkan ke kebun. Lihatlah betapa indahnya tanah belum tutup rumput pokok dah besar macam ni. Kalaulah semua lubang di sini tanam pokok saiz APM ouh indahnya! Tapi itu semua tidak menjadi kenyataan sebab saya rekrut sikit saja utk saiz apm, jadi anda jangan ikut saya, buatlah lebih! Confirm puas hati. 

Tahukah anda!?
2 bulan dihantar ke kebun, apa pertumbuhan pun tak ada. Merajuk? Terkejut? Sedih? Mungkinlah kut... kecut perut juga menunggu. Lepas tu Alhamdulillah dia keluar pucuk dan mercik setiap bulan berikutnya, tumbesaran lebih mantap dan membuatkan hati kita berbunga-bunga. 




Disaat sebahagian besar yang lain masih bertatih mahu berjalan, DH ini sudah mengorak langkah untuk berlari dan agresif akarnya mencari nutrient. 

Kini baru sedar, kenapa 'Orang Kaya' sanggup berhabis 10k, 20k hanya untuk dapatkan pokok durian bersaiz APM kerana mereka bukan sahaja membeli pokok tapi 'masa' yang telah berlalu. 

Bagaimana kita yang 'belum kaya' ini boleh juga kalau nak tanam pokok saiz APM?? Mai saya ajar caranya.. 

1. Terdetik saja nak buka kebun terus pi beli anak pokok, salin polybag besar, campur topsoil + tanah kompos nisbah 3:1. 

2. Simpan tepi rumah, buat piping ala2 fertigasi, make sure semua cukup air. Tinggal rumah pon x apa, sistem automatik siram. 

3. Sekarang kita ada 12 bulan utk setup kebun, urusan Pejabat tanah, cuci, pagar, piping dll.. 

4. Bila semua dah ready, APM dah berusia setahun boleh bawa dan tanam di kebun. Jadi anak pokok 35 ringgit anda itu kini sudah bernilai 200-300 sepokok! 

Bertindak segera kerana masa terus berjalan, jika anda tidak merebut peluang, anda terpaksa membeli masa lalu dengan nilai yang agak tinggi!  

Akhir kata, jangan tiru saya, dengan kupasan ini anda mampu buat lebih dari apa yang saya buat dan kesalkan. 

Semoga kupasan ini mampu menyuntik semangat dan menjadikan anda seorang pekebun yang hebat! 

Tq. 

PERKEMBANGAN TERKINI


Selepas 5 tahun 6 bulan, June 2023 pokok ini telah mengeluarkan hasilnya yang pertama sebanyak 11 biji buah dengan Gred A. Klik gambar untuk butiran lanjut.












Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

5 Comments

  1. Assalamualaikum.. Ilmu bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam tuan.. insyaAllah ilmu milikNya.. kita hanya meminjam sehingga habis usia.

      Delete
  2. Salam cikgu..
    Berapa lama baru dapat hasil start dari tanam tepi rumah?

    ReplyDelete
  3. Mantap..terima kasih sharing

    ReplyDelete
  4. Queen Casino review 2021
    Read 우리카지노 our in-depth review of Queen Casino's ✓ $1000 + 11bet 50 free spins ✓ Sign-up now! ✓ Get the latest bonus codes クイーンカジノ for Queen Casino.

    ReplyDelete
To Top