Cara menyelamatkan pokok yang diserang Stem Borer

Cara menyelamatkan pokok yang diserang Stem Borer


Apa itu stem borer?

Bahasa mudah untuk memahami apa itu stem borer ialah sejenis ulat halus yang mengorek batang sehingga ke pucuk.

Ulat halus ini dibenamkan telurnya ke dalam batang muda oleh serangga bersayap menyerupai kumbang bertanduk atau rama2 kecil.

Modus operandinya simple, menyerang dahan muda dengan membuat lubang lalu dibenamkan larva ke dalam lubang tersebut. Selepas menetas, ulat halus tadi akan makan cecair di dalam batang muda sehingga ke lokasi yang boleh dilalui. Jika tidak dipotong dengan pantas, mungkin akan merebak ke dahan lain yang boleh menyebabkan jumlah dahan mati lebih banyak.

LANGKAH KAWALAN PENCEGAHAN

1. Semburan racun berkala
2. Semburan terus & sapu tree dressing
3. Potong jika dahan sudah kering!

Kali ini saya ingin berkongsi cara saya merawat serangan di peringkat awal, pokok belum menunjukkan tanda akan kering dan lubang serangan masih baru.

1. Spray (cypermethrin) ke dalam lubang2 halus dan ada satu lubang besar daripada yg lain. Spray hinga masuk ke dalam lubang.
2. Jika tidak masih, besarkan sikit lubang tadi dengan jarum dan spray lagi.
3. Bila sudah kering, sapu tree dressing tutup semua lubang, biar dia lemas di dalam lubang.

Hasil daripada tindakan ini selepas 2 minggu saya dapati pucuk tidak kering malah mengeluarkan tunas baru. Selamat satu dahan utama yang diserang.



Semoga bermanfaat buat pekebun-pekebun lain.

*Periksa pokok paling kerap yang boleh untuk meminimakan kesan serangan, pengesanan awal dapat menyelamatkan pokok daripada kering bahagian dahan ke pucuk.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top