Siraman automatik dusun durian menggunakan tenaga SOLAR dan GRAVITI

Siraman automatik dusun durian menggunakan tenaga SOLAR dan GRAVITI

Assalammualaikum w.b.t. dan salam mesra!



Kali ini saya akan kupas cara untuk memasang sistem siraman automatik di dusun durian yang tiada bekalan elektrik dengan bantuan SOLAR dan GRAVITI.

Sebelum itu, jutaan penghargaan kepada SIFU besar dunia tanaman durian kita iaitu Sifu Raymond Jewel. Saya memang 'zero' bab elektrik dan solar, tapi sifu ajar jarak jauh sampai saya boleh setup dan berjalan lancar hingga hari ini. Tq very10 much!

1. Barang untuk lancarkan siraman automatik ini dikhususkan kepada tangki yang berada di atas bukit, jadi keupayaan pam tidak perlu terlalu kuat kerana pam hanya bekerja untuk keluarkan air dari dalam tangki, jika kawasan pamah mungkin perlukan pam yang lebih besar kuasanya. Berikut adalah senarai barang yang sifu syorkan dan saya beli.Alhamdulillah semuanya berfungsi dengan baik.




2. Setelah semua barang sampai, kerja2 menggodam pun bermula.. satu2 kita operate nak pastikan setiap barangan semua berfungsi dengan baik.


Nampaknya controller berfungsi dengan baik, bateri juga semuanya dalam keadaan baik. 

Mula2 tertanya2 juga kenapa sifu suruh beli 20Ah, kenapa tak bantai terus 100Ah rupa-rupanya bila asing ni kita boleh modify litar jadi 24v, kalau seketul 100Ah tu 12v sampai kesudah.. tak boleh beri lebih power! 

Pastikan deep cycle untuk bateri yang tahan lebih lama. 





Kita test panel solar 150w satu per satu, ada charging.. kira berfungsi lah tu! 


Masa untuk test pam.. boleh tahan kuatnya! 



Setup timer, ikut saja diagram dalam kotak yang diberi. 



Make up sikit, letak plywood bagi nampak kemas sikit, selekeh2 sifu tengok pon x semangat nak ajor lebih2. 





Ini contoh diagram untuk pemasangan alat2 di atas.



Join cable perlu beli tiga set, 1-1 set dari timer ke pam, 1-1 dari pam ke timer, kemudian 1-2 dari controller ke Solar panel

Troubleshooting!
1. Tekan butang merah power tak pergi output, perlu ubah mode daripada mode debug. Factory setting sampai kepada kita dalam mode debug, ubah mode tersebut.

2. Semasa wiring timer, pastikan ikut diagram yang diberikan. Jika salah, timer on output zero.. bukan masalah timer, masalah kita silap wiring!

3. Pencarian air bukit untuk dialirkan ke tangki 600 gallon x 2 unit menggunakan polypipe 50mm & 32mm :





Punca air ditemui, dalam 500 meter dari lokasi tangki. Setelah mendapat kebenaran tuan tanah, kerja2 menarik paip dilakukan segera. 





Ini hasilnya! Tekanan graviti yang agak kuat, memang tak dapat tutup dengan tangan airnya. 


Kerja-kerja memasang controller board, bateri dan panel solar. 



Tempat yang paling ideal untuk letakkan panel solar, atas bumbung! Berat juga nak lambung naik atas tu.. 




Ini simple! Cuba tengok sifu Raymond punya : 


Lagi complicated! 


Ok sekarang fokus pada bahagian paip pvc yang ada valve merah, ilmu ini saya terima daripada pesara Navy (Tuan Azizal). Wajib ada sedikit aliran semula ke tangki untuk mengelakkan sedutan berterusan tanpa henti walaupun timer dah berhenti. Valve dibuka sedikit untuk membolehkan udara masuk selepas timer berhenti dan seterusnya mematikan sedutan graviti dari air yang telah turun ke bawah. Istilah sainsnya dipanggil 'Siphon'. Dulu saya biasa buat, tak buat paip patah balik ke tangki, setiap hari air kering dari tangki, walaupun pam x berjalan tarikan graviti menghabiskan air titis demi titis. 


 





Dari ketinggian ini, air dikeluarkan oleh pam dari tangki dan terus turun ke bawah dengan kelajuan graviti yang sangat tinggi, setiap sub-pipe diikat dengan dawai kerana kekuatan air boleh menyebabkan ianya terlucut. Ini yang dinamakan unlimited pressure! Percubaan di bahagian bawah boleh siram pucuk buluh! 



50mm dari sumber air pergi ke tangki, 32mm daripada tangki turun ke bawah, 16mm pecahan lining ke anak pokok, 1mm + 1/2 dripper siram anak pokok. 



Alhamdulillah! Modal one-off kemudian dapat :
1. Air FREE
2. Tenaga elektrik FREE
3. Ilmu daripada sifu juga FREE

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pekebun durian di kawasan bukit yang tiada kemudahan elektrik, namun kita juga boleh menjalankan pengairan secara automatik.

Penghargaan :
Sifu Raymond Jewel (Sistem Solar)
Sifu Tn. Hj. Khuzaifah Azlan (Teknik Siam)
Sifu Azizal (Fertigasi)

Suffi Yusof
D'Nims Duriotourism





Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

10 Comments

  1. Asalamualaikum tuan, sy sgt berminat dalam mengusahakan kebun durian ini. Sy masih dalam proses mengumpul info berkenaan kebun durian sebelum mencari lokasi tanah yg sesuai. Boleh sy dtg melawat kebun tuan dan belajar serba sedikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. pm saya di facebook.

      Delete
    2. Assalam tuan. Saya sangat berminat utk menggunakan solar Dan pam air bawah tanah utk pengairan dusun durian saya. Boleh tunjuk ajar, di mana Barang2 boleh dibeli.

      Delete
  2. No sy 016-6777146..whatsapp sy tuan.tq

    ReplyDelete
  3. Saya pon berminat. Sila whatsapp 0192637811

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Sye plan nk buat dekat kolam ikan dekat kebun durian .bole ker tuan .tapi chaya matahari kurang .sebab pokok2 durian menutup pondok sye. Mcm mana ye tuan kena cari jugak yee tempat yg stratgic

    ReplyDelete
  5. Yg pump tu letak kat mana? Ada gmbr x?

    ReplyDelete
  6. terbaik sharing ilmu tuan.. sgt detail

    ReplyDelete
  7. Klu tanah rata blh tak buat mcm ni,sampai tak ke hujung utk sistem titisan.kebun 2ekar

    ReplyDelete
To Top