2. Fasa pemilihan teknik tanaman durian (Malaysia / Thailand)

2. Fasa pemilihan teknik tanaman durian (Malaysia / Thailand)

2. Fasa pemilihan teknik tanaman durian (Malaysia / Thailand)

Pohon durian kini berada di banyak tempat dan teknik tanaman juga yang pelbagai. Melihat kepada kemajuan teknologi pertanian negara jiran yang paling hampir dengan Malaysia iaitu Thailand dan Indonesia, membolehkan kita mengikut dan menyesuaikan dengan keperluan di negara kita.

Untuk kupasan berkaitan teknik tanaman ini saya lebih cenderung kepada teknik siam atau teknik tanaman durian di negara Thailand. Saya melihat negara ini telah maju ke hadapan terlalu jauh kerana mereka sudah sampai ke tahap membekalkan durian ke seluruh dunia!. Melihat gudang pungutan hasil durian mereka yang bukan sahaja buahnya cantik-cantik malah saiznya macam dibuat-buat sama semuanya membawa erti mereka sudah 'khatam habis' ilmu perusahaan tanaman durian.

Atas dasar minat yang mendalam dan usaha mencari kekuatan dan keberanian menceburi bidang ini dengan teknik siam, maka saya menempuhi perjalanan sejauh 253KM menuju ke utara tanah air, Changlun. Sebuah bandar yang paling hampir dengan wilayah selatan Thailand.

Saya berkunjung ke ladang Angkatan Ternak & Tani Sdn. Berhad milik Tuan Haji Khuzaifah Azlan, mahaguru saya dalam dunia durian kerana beliau mengusahakan ladang durian menggunakan teknik siam sepenuhnya. Walaupun berada di wilayah Malaysia, namun mereka memiliki rakan-rakan di Thailand yang membolehkan teknik ini dikongsi dan dipraktikkan di Malaysia. Diantara fakta yang paling menarik ialah telah menempa kejayaan apabila telah berjaya menghasilkan buah duri hitam dalam tempoh 4 tahun setengah sahaja.


Saya sempat bergambar dengan bunga sulung tersebut semasa lawatan sambil menuntut ilmu





Di saat ini juga saya bertemu dengan Tn. Hj. Hussin dari Pahang yang telah menanam 1000 pokok Musang King dan baru saja dirasmikan oleh

YB DATO' SALAHUDDIN BIN AYUB
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Oleh yang demikian, untuk memanjangkan lagi ilmu yang dikongsikan kepada saya maka saya akan terjemahkan dalam perjalanan D'Nims Duriotourism dan terus berkongsi perkembangan terkini melalui tajuk-tajuk penting yang telah disenaraikan demi untuk manfaat bersama.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top